Tuesday, December 20, 2011

Cermin-cermin Dirimu Selalu

Assalamualaikum

Entri pada kali ini khas untuk pembaca pembaca blog ini..  Selamat menbaca!!

   "Apa yang kak long nampak kalau tengok cermin?'' si ibu bertanya usai solat Maghrib berdua bersama kak ngah.

   ''Hmm, nampak muka kak longlah ummi,'' kak long menjawab bersahaja. Si ibu mengiakan jawapannya.

   ''Macam ni ya? Muncungkan mulut, bulatkan mata, kembangkan hidung, belek pipi ada jerawat atau tudak. Ya bukan?'' si ibu menambah disambut ketawa anakanda berdua dan si ibu turut ketawa.
  
   ''Pernah kak long dan kak ngah 'lihat' lebih daripada itu semasa berada di hadapan cermin?'' si ibu meluahkan soalan seterusnya.

   Kak long dan kak ngah mengerutkan dahi. Kurang mengerti barangkali.
  
   ''Tengok lebih?'' soal kak long.

   ''Maksud ummi, bukan setakat melihat fizikal luaran, tetapi ,melihat dalam diri. Setakat mana kak long dan kak ngah sedar akan kelebihan dan kekurangan diri sendiri,'' si ibu cuba menjelaskan.

   Si ibu akui tidak mudah untuk anak-anak seusia mereka untuk memahaminya. Ini kerana sepasang mata kurniaan Ilahi ini hanya mampu melihat permukaan, sedangkan untuk ''melihat'' hingga ke bahagian ''dalaman'' atau rohani, manusia memerlukan ''mata hati''.


Renung renugkan dan selamat beramal... *eh ayat siapa ni kalau tahu*







  

2 comments: