Saturday, December 17, 2011

Adakah dia malu? Oh, tidak! Sebab dia ni memang tak tahu malu.. hahaha

Assalamualaikum...
Hari ini aku nak berita tentang satu cerita...

Pada suatu hari seorang budak perempuan kena pergi ke klinik gigi untuk mencantikkan lagi giginya yang tak berapa nak cantik dulu ....

Sesampai sahaja di sana, budak perempuan tersebut meletakkan kad temu janji di kaunter klinik tersebut.. Dia pun mengambil tempat duduk di dalam klinik tersebut.. Dalam beberapa saat itu, seorang jururawat yang menjaga di kaunter tersebut memanggilnya... Jururawat tersebut memberi nombor giliran kepada budak perempuan itu... Dan, budak perempuan itu duduk semula...

Sedang menuggu giliran untuk masuk ke bilik rawatan, tiba tiba budak perempuan itu di panggil ke kaunter..  Tiba tiba jurujrawat tersebut bertanya kepada budak perempuan tersebut, "bila awak boleh datang lagi? " ...  Budak perempuan tersebut terpinga pinga kerana dia belum mesuk ke dalam bilik rawatan.. Dan tiba tiba je dia ditanya bila boleh datang pada temu janji seterusnya... Lalu budak perempuan itu berkata," saya belum masuk lagi"

Kau tahu budak perempuan itu siapa?
Budak perempuan itu adalah







































































AKU !!



Rupanya ada sorang yang sama nama dengan aku... Aku pun pergilah kat kaunter tu.. Lepas tu, nurse tu cakap, "eh, awak belum masuk lagi ea?".. Lalu aku pun menjawab" belum"..

Dan tiba tiba nurse yang lain cakap, "awak qurratul aini binti apa?'' Aku pun jawablah, ''mustafa"..  "Oh ni binti mustafa... Saya nak panggil qurratul aini binti mokhtar"

Haiiii...  Bengang aku.. Malu pun ada... Tapi tak da lah malu mana pun.. Sebab aku memang tak tahu malu.. ahahahahha.. Nurse tu pun satu.. Panggillah nama penuh... Yang budak sama nama dengan aku tu pun sama.. Dia buat tak tahu je bila dengar nurse panggil nama dia... Nasib baik tak ramai orang.. Kalau ramai orang, memang malu besar aku... Dan, nasib baik jugaklah adik aku tak ikut.. Kalau adik aku ikut, memang aku dah kena gelaklah......

Haisshhhh...  Benda ni tak boleh berlaku lagiiiiiiiii !!!!!!!
Ok, bye !

No comments:

Post a Comment