Monday, December 12, 2011

Bersahabatlah kerana ALLAH



ENAM  tips sahabat agar jalinan persahabatan dengan rakan rakan selama ini adlah kerana Allah :

>Memberitahu teman bahawa anda kasih kepadanya. Nabi Muhammad bersabda :
  "jika seseorang kasih kepada seseorang maka hendaklah dia memberitahu temannya" (HR Abu Daud)

>Amalan ziarah menziarahi sahabat. Nabi Muhammad bersabda :
  "Hendaklah kamu menziarahi sesekali nescaya akan menambah kasih sayang antara kamu"

>Apabila berpisah dengan sahabat doakan sahabat sahabat tanpa pengetahuannya. Nabi Muhammad
  bersabda : "Setiap hamba muslim yang mendoakan saudara maranya pasti akan didoakan
  malaikat  dengan berkat engkau juga akan mendapat seumpamanya" (HR Muslim)

>Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa. Sabda Rasulullah : "Janganlah kamu meremehkan
  kebajikan sedikit pun, sekali pun dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria"
  (HR Muslim)

>Segera bersalaman ketika bertemu dengan sahabat. Nabi Muhammad bersabda: "Setiap dua orang
  Islam yang berjumpa dan bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka
  berpsah" (HR Abu Daud)

>Memberi hadiah. Sabda Rasulullah: "Hendaklah kamu saling memberi hadia nescaya kamu akan
  berkasih sayang" (HR Tabrani)



  Posting ini adalah istimewa buat kawan yang mengenali diri ini....
Bukan aku nak berlagak baik, kerana setiap manusia tidak sempurna...


With love,
pemilikgigibesi


No comments:

Post a Comment