Friday, December 30, 2011

Sekarang, aku minat budak Greyson Chance !!




Hai...

 Aku minatlah dengan budak Chance ni ! He's talented !! Aku suka !! Dah lah hensem !! hahaha




waiting outside the line




You’ll never enjoy your life,
Living inside the box
You’re so afraid of taking chances,
How you gonna reach the top?
Rules and regulations,
Force you to play it safe
Get rid of all the hesitation,
It’s time for you to seize the daaay
Instead of just sitting around
And looking down on tomorrow
You gotta let your feet off the ground,
The time is now
I’m waiting, waiting, just waiting,
I’m waiting, waiting outside the lines
Waiting outside the lines
Waiting outside the lines
Try to have no regrets
Even if it’s just tonight
How you gonnna walk ahead
If you keep living blind
Stuck in the same position,
You deserve so much more
There’s a whole world around us,
Just waiting to be explored
Instead of just sitting around
And looking down on tomorrow
You gotta let your feet off the ground,
The time is now, just let it go
The world will force you to smile
I’m here to help you notice the rainbow
Cause I know,
What’s in you is out there
I’m waiting, waiting, just waiting,
I’m waiting, waiting outside the lines
Waiting outside the lines
Waiting outside the lines
I’m trying to be patient (I’m trying to be patient)
The first step is the hardest (the hardest)
I know you can make it,
Go ahead and take it
I’m Waiting, waiting, just waiting I’m waiting
I’m waiting, waiting, just waiting
I’m waiting, waiting outside the lines
Waiting outside the lines
Waiting outside the lines
You’ll never enjoy your life
Living inside the box
You’re so afraid of taking chances,
How you gonna reach the top?



enjoy it , guys !!







Sunday, December 25, 2011

Aku memang tak boleh tengok bola sepak !!

Assalamualaikum..

Hai.. Petang ni aku saja je nak update.. Nanti kalau aku dah naik sekolah memang susahlah nak dapat cerita baru kat blog aku yang tak seberapa ni.. hehehehe

Petang ni saja je nak update pasal bola.. Kalau korang nak tahu, aku ni memang tak boleh tengok bola sepak.. Nanti ter-over pulak... hahaha..  Kalau nak tahu tanya adik aku...  Sebab tu aku tak minat bola..   *eh ada pulak macam tu ek*  Itu sebablah aku minat Formula One aje..   Wohooo... Bestlah F1 !!  Lewis Hamilton is my boy and Sebastian Vettel you're my hero !! hahaha

Kalau nak tahu, masa aku tengok bola sepak sukan sea yang final hari tu, aku dah macam kera kena belacan.. Aku tak boleh duduk diam... hahaha.. Apalagi, kalau dah tengok bola, mestilah terjerit sana terjerit sini.. Aku duk lah terjerit nama pemain bola sepak tu biar bola masuk gol.. wahaha... Tapi memang menyiraplah bila indon gol dulu..  Huihhh !! Tergamam kot aku.. hahaha.. 

Yela... Mana taknya, baru lima minit dah gol... Dahlah masa tu corak permainan pemain Malaysia macam lintang oukang je aku tengok.. Aku rasalah kan, dia orang ada hembus-hembus padang tu.. hahaha... Kalau korang nak tahu, aku kalau dah tengok bola memang tak boleh duduk diamlah..  Kejap2 aku diri jerit2 nama pemain bola sepak.. hahaha.. Memang aku rasa tak puas hati masa tu.. 

Apa pun malaysia memang jugak kan.. hahahha..... Cayalah Baddrol !!  Tapi aku memang tak suka pemain indon yang import tu... Siapa tah nama dia orang..  Hahh !  Bonai !!  menyirap aku.. hahaha..  Kau tengok, kan aku dah lebih-lebih ni.....

Eh, oklah .. Karang tah apa2 je yang aku taip nanti....

Friday, December 23, 2011

Jawapan yang paling senang !!

Assalamualaikum..

Pada hari ini, aku nak bagitahu jawapan yang tiada soalannya.. hahahaha.. Nampak pelik.. Tapi inilah realiti !!  *apa  kau merepek ni*

Entry ini adalah khas buat siapa yang ber-braces... hahahaha.. Aku buat entri ni sebab aku nak kongsi kat kau orang semua.. Tapi tak delah special sgt pun..hehe

Kalau masa kau orang bercakap, then tetiba ada malaun2 'menegur' , "eee... gigi besi" , 'eeee.. gigi karat"dan lain-lain ..........

Kau orang cuma perlu cakap ini saja.. " kau jeleskan sebab kau tak de"... Pasti malaun2 tersebut akan berasa bengang... Dia orang sebenarnya jeles sebab dia orang tak de..hahahha

Aku pernah kena sebelum ni.. Masa tu kat sekolah.. Aku tengah berbual dengan kawan2 aku.. Tetiba adalah malaun2 yang lalu 'menegur' aku..  "eee.. gigi karat" aku pun balaslah dengan ayat di atas tadi... hahaha.. Ambik kau!! Terdiam... Puas hati aku.. hahaha...

Lagi satu kalau siapa2 yang baru pakai braces ni janganlah malu malu  kucing pulak macam aku dulu.. hahaha.. .. Bila aku fikir2, buat apa nak malu... Bukan ramai yang pakai braces...  Ingat senang ke nak jumpa orang  ber-braces yang baik macam aku ni.... hahaha  *ohhh......baik sangat ke?*

Lagi satu, siapa yang pakai braces ni orang senang nak cam...  Sebab tang gigi tu yang orang kenal.. Macam aku..hahahaha.. *ok, perasan*

Oklah, sampai sini je entri aku.... tata






Siapa si pemilikgigibesi ??

Assalamualaikum...

Pemilik gigi besi ??  Oh, aku la tu..
Dah lama buat blog baru nak cerita tentang diri sendiri.. hehee

Pada siapa yang tak tahu, nama aku Qurratul Aini binti Mohd Mustafa...
Ain for short...  Umur ?? 18 tahun.. Tua dahh.. Aku belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud Iskandar, Ledang, Johor.. Yess..  Aku pelajar tingkatan 6.. Tahun 2011 ni lower6.. Tahun depan baru upper6..  Aku tak dapat masuk U ..  Sebab tu aku sekolah lagi.. Yela SPM pun bukan straight A's pun..haha..  Form6 ni, aku ambil subjek Pengajian Am, Pengajian Perniagaan, Ekonomi dan Sejarah.. Kenapa pemilikgigibesi ?? Sebab aku pakai braces.. Dulu gigi aku tak berapa nak cantik.. Tapi, sekarang sudah cantik sikit sikit.. hihihi.. Aku ni tak delah ada apa yang special pun.. Semuanya biasa je.. Kalau orang yang tak kenal aku tu mesti cakap aku sombong.. Sebenarnya aku tak sombong pun.. Kau orang tak tegur aku.. Memang aku buat dont know je.. Siapa yang kawan aku tu, tahulah aku ni macm mana.. Aku suka bercakap sebenarnya... Siapa yang duduk semeja dengan aku memang tak kering gusilah..hahaha..  Aku ni gila gila sikit.. Sekali lagi aku nak bagi tahu, siapa yang kenal aku, dia orang tahulah aku macam mana... hahaha.. So, siapa yang baca cerita aku ni, kalau nampak aku kat luar tu, tegur tegur lah aku.. hihihi...


Ok, sampai sini je aku nak cerita.. Tak payah nak lebih lebih.. hehehe
ok, bye !!!


 

Thursday, December 22, 2011

Lagu Bruno Mars *It Will Rain* boleh memurtadkan ??

Let's check it out !! wohooo.. !!



ini adalah post pasal lagu tu..  click untuk tumbesaran


Kalau nak tahu lebih lanjut, tengok youtube di bawah ini !!


Dengarkan pada saat 0:31


Kan ?? Aku pun minat jugak Bruno Mars.. Sebab lagu dia banyak jugak yang best2... huhu.. Tapi lagu ni aku tak pernah dengar lagi.. Nasib baik aku dapat tahu berita ni.. Kalau tak  aku dah pergi karaoke naynyi lagu ni.. ahahahahah *eham ehem... aku tak pernah pergi karaoke* wakaka


Eh, ok bye !!






Tuesday, December 20, 2011

Wordless Wednesday



*mukamuka jakun*


komen-kalau-sudi



 


Cermin-cermin Dirimu Selalu

Assalamualaikum

Entri pada kali ini khas untuk pembaca pembaca blog ini..  Selamat menbaca!!

   "Apa yang kak long nampak kalau tengok cermin?'' si ibu bertanya usai solat Maghrib berdua bersama kak ngah.

   ''Hmm, nampak muka kak longlah ummi,'' kak long menjawab bersahaja. Si ibu mengiakan jawapannya.

   ''Macam ni ya? Muncungkan mulut, bulatkan mata, kembangkan hidung, belek pipi ada jerawat atau tudak. Ya bukan?'' si ibu menambah disambut ketawa anakanda berdua dan si ibu turut ketawa.
  
   ''Pernah kak long dan kak ngah 'lihat' lebih daripada itu semasa berada di hadapan cermin?'' si ibu meluahkan soalan seterusnya.

   Kak long dan kak ngah mengerutkan dahi. Kurang mengerti barangkali.
  
   ''Tengok lebih?'' soal kak long.

   ''Maksud ummi, bukan setakat melihat fizikal luaran, tetapi ,melihat dalam diri. Setakat mana kak long dan kak ngah sedar akan kelebihan dan kekurangan diri sendiri,'' si ibu cuba menjelaskan.

   Si ibu akui tidak mudah untuk anak-anak seusia mereka untuk memahaminya. Ini kerana sepasang mata kurniaan Ilahi ini hanya mampu melihat permukaan, sedangkan untuk ''melihat'' hingga ke bahagian ''dalaman'' atau rohani, manusia memerlukan ''mata hati''.


Renung renugkan dan selamat beramal... *eh ayat siapa ni kalau tahu*







  

Saturday, December 17, 2011

Adakah dia malu? Oh, tidak! Sebab dia ni memang tak tahu malu.. hahaha

Assalamualaikum...
Hari ini aku nak berita tentang satu cerita...

Pada suatu hari seorang budak perempuan kena pergi ke klinik gigi untuk mencantikkan lagi giginya yang tak berapa nak cantik dulu ....

Sesampai sahaja di sana, budak perempuan tersebut meletakkan kad temu janji di kaunter klinik tersebut.. Dia pun mengambil tempat duduk di dalam klinik tersebut.. Dalam beberapa saat itu, seorang jururawat yang menjaga di kaunter tersebut memanggilnya... Jururawat tersebut memberi nombor giliran kepada budak perempuan itu... Dan, budak perempuan itu duduk semula...

Sedang menuggu giliran untuk masuk ke bilik rawatan, tiba tiba budak perempuan itu di panggil ke kaunter..  Tiba tiba jurujrawat tersebut bertanya kepada budak perempuan tersebut, "bila awak boleh datang lagi? " ...  Budak perempuan tersebut terpinga pinga kerana dia belum mesuk ke dalam bilik rawatan.. Dan tiba tiba je dia ditanya bila boleh datang pada temu janji seterusnya... Lalu budak perempuan itu berkata," saya belum masuk lagi"

Kau tahu budak perempuan itu siapa?
Budak perempuan itu adalah







































































AKU !!



Rupanya ada sorang yang sama nama dengan aku... Aku pun pergilah kat kaunter tu.. Lepas tu, nurse tu cakap, "eh, awak belum masuk lagi ea?".. Lalu aku pun menjawab" belum"..

Dan tiba tiba nurse yang lain cakap, "awak qurratul aini binti apa?'' Aku pun jawablah, ''mustafa"..  "Oh ni binti mustafa... Saya nak panggil qurratul aini binti mokhtar"

Haiiii...  Bengang aku.. Malu pun ada... Tapi tak da lah malu mana pun.. Sebab aku memang tak tahu malu.. ahahahahha.. Nurse tu pun satu.. Panggillah nama penuh... Yang budak sama nama dengan aku tu pun sama.. Dia buat tak tahu je bila dengar nurse panggil nama dia... Nasib baik tak ramai orang.. Kalau ramai orang, memang malu besar aku... Dan, nasib baik jugaklah adik aku tak ikut.. Kalau adik aku ikut, memang aku dah kena gelaklah......

Haisshhhh...  Benda ni tak boleh berlaku lagiiiiiiiii !!!!!!!
Ok, bye !

Friday, December 16, 2011

1/99 Rahmat

Assalamualaikum..

Rasulullah pernah bersabda dalam menguraikan sifat al-Rahman dan al-Rahim Allah swt yang bermaksud: "Allah menciptakan 100 rahmat, satu rahmat dibahagikan kepada seluruh isi dunia ini, sedangkan 99 bahagian lagi dibahagikan di akhirat (iaitu di dalam sturga)." (Riwayat Muslim)

Jadi secara kasarnya, kesenangan di dalam syurga itu adalah 99 kali ganda berbanding kesenangan di dunia sekarang ini.. Inilah pesona yang mampu menggerakkan Mukmin memburu baki 99 rahmat yang ditahan di sisi-nya.........


Ada Rupa ??



ada rupa tak dengan pelakon Korea kat bawah ni ??





*gambar di atas sekali adalah kawan satu sekolah.. Muhammad Zaid*







New Look of Facebook

REPRESENT.................

timeline !!!


korang, bila ??






Thursday, December 15, 2011

Kenapa ek ?

Asssalamualaikum...

Dulu masa couple bukan main lagi...
Sayang sayanglah.. Itulah.. Inilah..

Tapi,
bila dah putus mereka akan bermusuh..
Maksud aku, salah seorang ex-couple ni akan cari pasal demgam ex dia..
Tak kiralah lelaki ke perempuan..

Selalulah aku nampak kat facebook gaduh gaduh kat wall..
Kutuk sana kutuk sini...
Senang cakap dia orang diibaratkan macam anjing dengan kucing..

Tak boleh ke yang dah lepas tu biarkan je?
Aku bukanlah nak cakap aku ni bagus..
Tapi aku memang pelik sangatsangat..

Bukan setakat di facebook, kat sekolah pun aku ada nampak..
Dia orang gaduh depan kelas masa aku tingkatn 3..
Tapi ni pasal ada orang ke tiga..
Siapa? Oh, tak mungkin aku akan bagitahu..

Tak boleh ke korang ni buka buku baru..
Let bygone be bygone..
Tak payah gaduhgaduh.. Buang masa dan tenaga je weh...


Ok, bye !

*memo: entri ini adalah umum.. siapa yang terasa, harap maaf.. aku hanya sekadar meluahkan apa yang aku rasa...komen kalau nak komen.. terima kasih =)




First Time Aku Joined Contest


Huahuahua.....
Kau nak tahu tak, aku ada join satu contest ni...
Em... Dari Berita Harian.....
Tarikh tutup dia dah nak dekat..
Dan aku dah hantar pun contest tu.. huahuahua..
Contest tu pasal apa aku memang tak nak bagitau...
Entah dapat ke tidak... huuu








mood: kejakunanyangterlampau

ok, bye!

Wednesday, December 14, 2011

Kenyataan Hidup


Assalamualaikum


Orang selalu cakap, hidup ini ibarat roda ..... Kadang kadang kita tak selalu di atas dan tidak selalu di bawah..

Sejauh mana kebenaran itu ??

Hidup = roda

Tapi, kalau masa tu kita kat bawah, dan roda tu tak bergerak gerak?? Adakah kita dianggap malang ??










*thestupidposting*


 





Tuesday, December 13, 2011

The Horror Date

Tommorrow 14 December is the 1st anniversary of the bad day in somebody's life !!

There is someone ruin one famili's heart..

The someone just think about herself.. So selfish and cruel human !!

And, the somebody hate that someone !!




This post is about someone... But, not me ..
Ok, bye !







Monday, December 12, 2011

Bersahabatlah kerana ALLAH



ENAM  tips sahabat agar jalinan persahabatan dengan rakan rakan selama ini adlah kerana Allah :

>Memberitahu teman bahawa anda kasih kepadanya. Nabi Muhammad bersabda :
  "jika seseorang kasih kepada seseorang maka hendaklah dia memberitahu temannya" (HR Abu Daud)

>Amalan ziarah menziarahi sahabat. Nabi Muhammad bersabda :
  "Hendaklah kamu menziarahi sesekali nescaya akan menambah kasih sayang antara kamu"

>Apabila berpisah dengan sahabat doakan sahabat sahabat tanpa pengetahuannya. Nabi Muhammad
  bersabda : "Setiap hamba muslim yang mendoakan saudara maranya pasti akan didoakan
  malaikat  dengan berkat engkau juga akan mendapat seumpamanya" (HR Muslim)

>Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa. Sabda Rasulullah : "Janganlah kamu meremehkan
  kebajikan sedikit pun, sekali pun dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria"
  (HR Muslim)

>Segera bersalaman ketika bertemu dengan sahabat. Nabi Muhammad bersabda: "Setiap dua orang
  Islam yang berjumpa dan bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka
  berpsah" (HR Abu Daud)

>Memberi hadiah. Sabda Rasulullah: "Hendaklah kamu saling memberi hadia nescaya kamu akan
  berkasih sayang" (HR Tabrani)



  Posting ini adalah istimewa buat kawan yang mengenali diri ini....
Bukan aku nak berlagak baik, kerana setiap manusia tidak sempurna...


With love,
pemilikgigibesi


Aku Nak Duit Aku Balik !!!!

Tadi kan, aku pergi kedai top up..., aku nak pulangkan balik kad top up yang aku dah gunalah...
Lepas tu, tauke tu kata, apa ??
Dia cakap, ok berapa lu mau ??

*ok tipu*


hahaha...  Kalau aku betul betul pergi kedai top up ,lepas tu pulangkan kad top up yang aku dah guna tu, memang makan pelempanglah jawabnya..haha



Aku tipu je tu.. hehehe.. Pergi kedai pun tak tadi...
Tapi !!  Aku rasa aku nak duit aku balik !!




Aku rasa macam menyesal pulak bila tengak kad kad top up aku tu...... Rasa membazir pu ada..
Yela.... Beli topup mahal mahal, dapat kad je !! hampeh!
hahaa.. Memanglah dapat kad je, top up nya kan ko dah guna ain !!  
Arghh!! Menyesal beli top up... Sekarang aku pun dah lama tak top up... Telephone aku pun dah lama tak berdering.. Kesiankan ??

ok, bye !


Piza !! Pizza !!


Jom makan pizza !!











Jom makan Piza Ultimate Cheesy 7 Bites !   wahahah





Friday, December 9, 2011

Sengih Nampak Gigi

Assalamualaikum

Sekarang ni kalau kau orang tengok gambar gambar aku mesti gambar sengih nampak gigi kan... hahha  Yela.. Mana tak nya, aku kan pakai braces.. Susah sikit nak senyum.. Nanti bibir aku nampak tebal.. Kang ada yang jadi klon Angelina Jolie.. wahahaha.. Maksud aku, bibir akulah.. Bukan aku yang jadi dia.. huhuhu


say 'cheeeeeeeeeseeee'



Sejak aku pakai braces ni, ramai yang tanya , kenapa pakai braces? Alahaiii.. Mestilah anak betulkan gigi tu.. Kan dulu gigi aku tak cantik.. Tapi sekarang dah cantik sikit sikit.. Tak sabar aku nak tunggu bila boleh buka benda alah ni.. Sebab aku dah bosan asyik pergi klinik gigi tu ! wahahaha



Eh, ok bye !!





Hari hari ABC !!

Aku tak taulah tiap tiap hari ni aku makan ABC je ... Mentang mentanglah tempat jual ABC tu dekat aje...  Memang tiap tiap harilah aku beli.. ahahah

Tapi tadi tengah hari aku beli yang special punya...  Siap ada ais krim dengan coklat cair lagi kat atas dia..  Aku beli 4 bungkus.. Lepas tu campur semua letak dalam mangkuk !! Memang layan beb!! hahaha



ni aku dah campurkan semua ABC yang aku beli tadi tengah hari..hahaha



Siapa yang tak suka ABC kan ??  hahhahaha
Jom makan ABC !!


Errr...  sape sape yang nak buat contest makan ABC paling banyak jemputlah aku ye ..hahaha  *buat tak tahu je - otak tengah biol !! *





Ok, bye !!









Thursday, December 8, 2011

Alangkah bestnya jadi JUTAWAN !!!

AH!!!  Sudah sudah la tu bermimpi Ain !

Kau tidak mampu untuk itu kerana kau bukanlah jutawan !!* hahaha









Tapi jadi jutawan memang best .. Apa nak beli, angkut je .. Tak fikir pasal duit... Cucuk je keluar dua, tiga ribu...

Wahhhh... alangkah mewahnya hidup.... Tapi kehidupan hanya sementara.. Adakah aku sempat jadi jutawan ??? 

Ohh, I dont think so !! haha




Jadi, SEDAR SEDARlah wahai pemilik blog ini... Mustahil !!



Facebook Makin Suram


Betul ke ??                         

Dan jawapan aku mungkin ye ... Sebab macam bosan je on facebook... Macam tak de feel sangat dah sekarang .. Kat dalam paper banyak dah negara negara luar yang dah deactive facebook dia orang ... Anda bila ?? haha


Haa lagi satu, dalam Asia Tenggara ni, Malaysia negara ku yang tercinta dan tumpah darah ku inilah merupakan negara yang ramai sekali yang penduduknya mempunyai facebook..... Rata rata pengguna facebook adalah golongan remaja... Apa yang dia buat aku tak taulah ...  Banyak yang kerja nak kenakan orang dan hack orang tu bila tak puas hati ke, cemburulah , itulah, inilah dan macam macam lah lagi lah...  hahahaha...  Aku sendiri pun pening baca ayat aku ... huhuhu


Eh, ok bye !








Tahu Apa Ni ??




Tiang elektrik ???


Oh, tidak !!


 
Itu adalah lampu tiang elektrik !!   hahahaha




gambar : dari kamera aku











Wednesday, December 7, 2011

Blog Baru

Assalamualaikum



Ini adalah blog kedua aku .. Blog pertama aku, dah ku humban ke laut ...  hahaha..  Aku delete blog tu sebab macam tak best je blog tu ... Cerita pun tah apa apa lah... Macam buku  budak tadika pun ada aku tengok blog aku yang lama tu.. hahaha  ...  Jadi aku ambil keputusan untuk buang saja blog lama tu .. huahuahuahhaha....  Siapa yang sudi untuk follow blog baru aku ni, aku alu alukan.. hehehe...  Kecil tapak tangan , padang bola aku tadahkan ... huhu